PM Dato' Seri Najib Tun Razak, kiri, bersama TS Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran: Boleh elakkan konflik perkauman melalui cerita-cerita iktibar.
Sebenarnya Melayu bangsa berani. Mereka berani berjuang hingga ke titisan darah terakhir apabila terdesak. Namun persekitaran Semenanjung Tanah Meayu yang aman, dan secara umum orang Melayu bukan bangsa yang 'warlike', bakat keberanian Melayu itu terpendam.
Zaman dulu-dulu orang Melayu berani membuat kapal dan belayar hingga ke Madagaskar. Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, Laftenan Adnan dengan hanya beberapa orang sahaja Rejimen Askar Melayu berjaya menyekat kemaraan tentera Jepun. Laftenan Adnan enggan menyerah dan mempertahankan Bukit Candu hingga mengorbankan nyawanya. Jepun sendiri kagum dengan keberanian beliau. Malah tentera British sudah lama cabut lari.
Hanya dengan 42 orang anggota, Laftenan Adnan yang kekurangan peluru berjaya membunuh 800 tentera Jepun dan menyekat kemaraan Jepun. Mereka lebih rela mati dari menyerah - satu sikap yang mana mencerminkan sifat Jepun sendiri.(Dipetik daripada Blog Sri Tri Buana, 27 Mac 2011).
Komen:
Memang orang Melayu berani sejak dahulu kala. Ketika pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, ciri-ciri keberanian Melayu dirakamkan melalui penerbitan dan cerita-cerita lisan. Dua buku sejarah bangsa Melayu menampilkan ciri-ciri keberanian itu. Lihat Sejarah Melayu atau Hikyat Hang Tuah. Walaupun ada yang menganggap buku-buku sejarah ini lebih banyak mengandungi cerita mitos, terutama dalam Hikayat Hang Tuah, yang penting adalah moral ceritanya: Keberanian orang Melayu. Watak-watak wira dalam Hikyat Hang Tuah, misalnya menyamai watak-watak wira negara dalam sejarah Eropah, terutama dari Inggeris.
Untuk mengelakkan anggapan bahawa orang Melayu tidak mempunyai watak keberanian, ada baiknya cerita-cerita epik yang penuh keperwiraan dan keperkasaan di negara ini diketengahkan, dimasukkan sebagai buku bacaan wajib atau rujukan wajib dalam silibus di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Paling-paling pihak Kementerian Pelajaran memilih judul-judul wira ini sebagai judul-judul wajib dalam mata pelajaran Sejarah atau Bahasa Melayu.
Semangat kewiran itu penting ditanamkan kepada anak-anak muda generasi hari ini. Hanya dengan cara ini pemikiran yang berbau politik dan berpihak dapat dipinggirkan. Rakyat Malaysia tidak rela disebut: Apabila orang Melayu bercakap tentang kaumnya, ia dianggap perkauman, tetapi apabila orang bukan Melayu bercakap tentang kaumnya, ia adalah "human rights".
Sudah sampai waktunya untuk semua rakyat di negara ini bercakap dalam satu bahasa, sebgai rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian. Dan tidak terikut-ikut dengan rentak sosio-politik negara luar.Kementerian Dalam Negeri, terutamanya perlu lebih tegas mempastikan setiap hak individu di negara ini terjamin keselamatannya, bebas daripada sebarang sengketa atau konflik perkauman.
Kalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak diduga. Dan janganlah amalkan cakap tak serupa bikin. Menepuk dulang paku serepih, mengata orang awak yang lebih. Cubit peha kiri, peha kanan sakit juga. Melayu! jadilah bangsa berani dengan semangat juang menuntut keadilan. Melayu bukan bangsa yang hanya terkenal dengan sikap tolak ansurnya yang melulu. Adakalanya tak perlulah tengadah sebelum terhantuk.Dan kikislah sikap lurus bendul sehingga sanggup dipijak dan dilangkah setiap waktu.
Apabila ada orang kata Melayu juga pendatang, orang Melayu pun masih tetap bersabar sambil urut dada. Tak pelah, biar depa kata gitu. Tak luak pun. Inilah sikap Melayu!
Jejak Fakir Di Petra Jaya
-
Samariang, 5 Ogos: Dewan Muslimat PAS negeri Sarawak bersama dua orang
pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) iaitu Dr. Mardhiah Hayati selaku
Ketua La...
Homestay Pak Lang 2 - Tuisyen Inggeris
-
*Kelas tuisyen bahasa inggeris*
*untuk pelajar sekolah rendah,akan mula pada 4 okt 2015…*
*Tempat : Homestay Pak Lang 2*
* 16 Taman Jaya ...
Tactegau dychryn ac y grefft o rhyfel
-
Ofn a phryder wedi bod yn elfen hanfodol mewn unrhyw strategaeth
gyffredinol ers y wawr o amser. Roedd yr ymerodraeth Asyriad a ffurfiwyd yn
ôl pob sôn drw...
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...
DIALOG BERSAMA ANAK SENI DI KAMPUS UMS
-
Dekan Pusat Kokurikulum dan Kesenian (PKK) Universiti Malaysia Sabah (USM),
Prof. Madya Hj Inon Shaharuddin mendedahkan para mahasiswanya dalam satu
pertem...
AIR MATA KAMALUDDIN LELA DI KA'ABAH
-
Terdapat banyak buku pegangan atau bimbingan mengerjakan haji atau umrah di
Mekah di pasaran. Ada yang tebal dan ada yang nipis. Yang lengkap atau yang
...
PENGORBANAN SEORANG SEPUPU DALAM POLITIK?
-
*Terima Kasih H20.Banyak Berkorban.*
Blog ini ucap tahniah kepada semua pimpinan yang telah diberikan
kepercayaan untuk menjawat jawatan dalam pemilihan U...
TERINGATKAN ALLAHYARHAM AHMAD FAIZAL FADZIL
-
*Allahyarham Faizal Fadzil*
TERINGATKAN ARWAH FAIZ December 30, 2012
December 30, 2012
Sejak malam tadi sehingga pagi ini kami anak beranak (keluarga R...
ingat kata-kata Hang Tuah: Takkan hilang Melayu di Dunia!
ReplyDeletePoliticians, wherever and whatever you are: Please walk the talk! And put aside your selfish gains and personal agenda.
ReplyDeleteKalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak diduga. Dan janganlah amalkan cakap tak serupa bikin. Menepuk dulang paku serepih, mengata orang awak yang lebih. Cubit peha kiri, peha kanan sakit juga.
ReplyDeleteMelayu! jadilah bangsa berani dengan semangat juang menuntut keadilan. Melayu bukan bangsa yang hanya terkenal dengan sikap tolak ansurnya yang melulu. Adakalanya tak perlulah tengadah sebelum terhantuk.Dan kikislah sikap lurus bendul sehingga sanggup dipijak dan dilangkah setiap waktu.
How about the seven lives of a cat who survives the onslaught of time? He should be called an all-seasons person. Would you agree?
ReplyDeleteApabila ada orang kata Melayu juga pendatang, orang Melayu pun masih tetap bersabar sambil urut dada. Tak pelah, biar depa kata gitu. Tak luak pun. Inilah sikap Melayu!
ReplyDelete